Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan pembubaran Parlimen yang dibuat kerajaan dilakukan atas desakan dari partinya sendiri UMNO.<br /><br />Ini katanya walaupun terdapat desakan daripada UMNO berhubung pembubaran Parlimen selepas kemenangan BN pada PRN Johor.<br /><br />Sebaliknya Ismail menjelaskan, cadangan pembubaran Parlimen itu dibuat berikutan dia melihat kerajaan sedia ada sudah tidak boleh diteruskan sehingga tamat penggal.