Muhyiddin Yassin berkata dia tidak kisah dituduh mengkritik kerajaan apabila menyatakan rasa tidak puas hati atas kegagalan kerajaan melaksanakan cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) berhubung proses pemulihan negara pasca pandemik.<br /><br />Pengerusi MPN itu berkata, ini kerana kritikannya dibuat demi kepentingan rakyat dan cadangan yang dibuat adalah berdasarkan sumbangan dan saranan pakar berkaitan. <br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/1239817570141485
