Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mempertahankan kerusi parlimennya di Pandan atau tidak.

Anwar memberitahu pemberita hari ini bahawa PH masih belum memutuskan kerusi mana yang boleh ditandingi Wan Azizah pada pilihan raya umum akan datang.

"Ada permohonan dan pertimbangan serta permintaan daripada Wanita PH, kita akan bagi pertimbangan.

"Saya pun belum tahu (Wan Azizah) akan bertanding atau tidak,” katanya kepada media selepas melancarkan Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di Shah Alam Sabtu lalu.