Kerusi Parlimen Gerik dijangka menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin "muda" Umno dan DAP pada PRU15.<br /><br />Menurut sumber, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki “hampir pasti” menjadi calon BN bagi kerusi majoriti Melayu itu. <br /><br />Sementara itu Malaysiakini difahamkan, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah mengumumkan pencalonan Adun Pasir Pinji, Howard Lee di Gerik semasa mesyuarat dalaman pada akhir bulan lalu.