Polis buru penyamun bersenjata parang di Klang

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2022

Polis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam dua kes samun bersenjatakan parang di Taman Intan, Kapar dan di tepi jalan berhampiran Taman Klang Utama, Bukit Raja Klang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3.05 petang di sebuah rumah di Taman Intan, Kapar.

Menurutnya, hasil rakaman CCTV di lokasi menunjukkan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki empat lelaki bersenjatakan parang telah keluar dari kereta tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3VDgkHS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa