Kementerian Pendidikan tidak pernah menutup ruang buat para guru yang ingin menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka, kata Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.<br /><br />Kenyataan itu bagi mengulas dakwaan bahawa pihaknya tidak terbuka dalam menerima pandangan dan luahan yang disuarakan oleh para guru. <br /><br />Baru-baru ini, seorang guru sekolah rendah Mohd Fadli Salleh menyuarakan kebimbangan bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat selepas menyatakan kritikan berhubung isu pendidikan secara terbuka.