Silibus pelajaran semasa yang digunakan di sekolah rendah dan menengah telah dilaksanakan sejak 2017 dan bukannya dibuat di bawah pentadbirannya, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.<br /><br />Menurut Radzi, pembangunan silibus pelajaran mengambil masa yang panjang dan perlu melalui proses yang terperinci sebelum ia dapat dilaksanakan di sekolah. <br /><br />Menteri itu turut menegaskan bahawa adalah tidak wajar untuk isu pendidikan 'dipolitikkan' sesetengah pihak ketika musim pilihan raya.