DUN Sabah tak bubar, empat ADUN nafi keluar GRS

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2022

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan malah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga menafikan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berikutan tular empat ADUN keluar GRS dan dijadikan agenda parti politik menjelang PRU15.

Khairul Firdaus berkata, setiap kali pilihan raya permainan politik seperti itu adalah biasa dimainkan oleh semua pihak tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Artikel: https://bit.ly/3ME0SqW

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15