Pelakon Hans Isaac enggan mengesahkan sama ada dia akan bertanding sebagai calon di Ampang dalam usaha PKR untuk menewaskan penyandang Zuraida Kamaruddin, yang juga bekas naib presiden parti itu. <br /><br />Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata dia menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk memutuskan perkara tersebut. <br /><br />Dalam wawancara khas bersama Malaysiakini, Hans turut berkongsi mengenai pertubuhan akar umbi yang diterajuinya iaitu 'Kita Budak Ampang', khususnya mengenai usaha membantu penduduk setempat ketika kemuncak pandemik Covid-19 dan bencana banjir tahun lalu.