Pelakon Hans Isaac menegaskan rupa paras yang tampan sahaja tidak cukup untuk memenangi hati pengundi sekiranya dia dicalonkan PKR untuk bertanding dalam PRU akan datang.<br /><br />Ketika ditanya sama ada dia akan menggunakan kelebihan tersebut bagi menarik pengundi, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata rakyat akan menilai kualiti seseorang pemimpin melalui kerja dan sumbangannya.
