Agak mengecewakan kerana tempoh untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya 14 hari seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Koordinator Program Undi18, Diffan Sina Jasmi ketika mengulas mengenai undi pos luar negara.<br /><br />Menurutnya, tempoh itu singkat kerana ia memakan masa untuk undi yang dihantar melalui pos tradisional sampai ke negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan lain-lain lagi selain turut memerlukan tempoh untuk dikembalikan ke negara ini.
