Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Beliau berkata saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah termasuk pemberian nafkah.