PRU15: Calon BN disaring termasuk di pejabat agama

BERITA SEMASA 25 OKTOBER 2022

Calon mewakili BN dalam PRU15 akan dijalankan saringan terlebih dahulu meliputi segenap aspek bagi memastikan setiap calon mempunyai rekod yang bersih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saringan meliputi setiap aspek termasuk semakan rekod menerusi agensi seperti PDRM, SPRM dan beberapa agensi lain terlibat.

Katanya, selain itu, semakan turut melibatkan pejabat agama bagi kawasan-kawasan yang mana calon bertanding bagi memastikan calon mempunyai rekod bersih sama ada melibatkan isu kahwin di Thailand, nafkah kepada anak dan sebagainya.

SUMBER VIDEO: FACEBOOK PDRM

Artikel: https://bit.ly/3SycQni

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15