Sebarang bentuk kerjasama di antara Barisan Nasional bersama parti lain hanya akan ditentukan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.<br /><br />Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, bentuk kerjasama itu hanya terjadi sekiranya BN gagal memenangi majoriti mudah dalam PRU15.<br /><br />Terdahulu, penganalisis politik Dr. Azmi Hassan yang menjangka BN mampu meraih kemenangan 80 hingga 85 kerusi Parlimen di Semenanjung dan ia masih tidak mencukupi untuk BN mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.