Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan dengan Perikatan Nasional sedang berjalan bagi pilihan raya umum ke-15.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Dr Mahathir berkata rundingan dengan PN sedang berdepan beberapa masalah kecil dan belum ada perjanjian dibuat setakat ini.

Beliau juga berkata GTA menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 100 kerusi yang mungkin meningkat kepada lebih 120 jika mereka memutuskan untuk bertanding di Sabah dan Johor.

Sumber video: https://www.facebook.com/partipejuang/videos/2153648531488264