Kecewa dengan tindakan Wong Tack yang mahu bertanding di Bentong sebagai calon bebas, Anthony Loke berkata dia berharap aktivis anti-Lynas itu akan mempertimbangkan semula hasratnya. <br /><br />Setiausaha Agung DAP itu berkata, jika Wong meneruskan rancangannya untuk bertanding sebagai calon bebas, penyandang kerusi Bentong itu secara automatik akan dipecat sebagai ahli parti.