Bekas Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti itu.<br /><br />Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap penyandang Ahli Parlimen Muar tersebut.<br /><br />Dalam sidang medianya, Syed Saddiq berkata dia akan menggunakan peluang membela diri tersebut untuk membersihkan namanya di mahkamah.
