Penyandang parlimen Klang Charles Santiago menegaskan, tiada pengaturan atau isyarat diberi kepadanya bahawa PRU14 merupakan penggal terakhir dia bertanding.<br /><br />Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hanyalah langkah untuk mengurangkan kritikan selepas dia dikecualikan daripada senarai calon PRU15.