Bapa tak sedap hati petanda anak maut kemalangan

BERITA SEMASA 28 OKTOBER 2022

Perasaan tidak sedap hati seorang bapa sejak dua minggu lalu akhirnya terjawab apabila anak perempuannya, Zubaidah Abdul Rajak, 28, maut dalam kemalangan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu turut mengorbankan suami Zubaidah, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan anak tunggal mereka Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq berusia setahun.

Abdul Rajak Sakiman, 66, berkata, dia dihubungi individu tidak dikenali yang memaklumkan tiga beranak itu terlibat dalam kemalangan.

Artikel: https://bit.ly/3fbQQB6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian