PRU15: Anwar di Tambun, Rafizi di Pandan

BERITA SEMASA 29 OKTOBER 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di Tambun, manakala timbalannya, Rafizi Ramli diumumkan di Pandan.

Bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun dilihat mengambil risiko besar apabila bertanding di Parlimen Tambun yang disifatkan bukan kerusi selamat.

Pada 20 Oktober lepas, Datuk Seri Anwar diumum calon Pakatan Harapan di Parlimen Tambun dan bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU15.

#BeritaSemasa #SinarHarian