GTA tanding 17 kerusi

BERITA SEMASA 29 OKTOBER 2022

Gerakan Tanah Air (GTA) meletakkan sasaran mahu bertanding sekurang-kurangnya di 17 kerusi majoriti Melayu di negeri ini pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Pengerusi Penajanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, GTA akan memuktamadkan senarai calon esok termasuk di Parlimen Pagoh.

Katanya, majlis pengumuman rasmi calon GTA yang akan bertanding pada PRU15 di seluruh negara dijangka dibuat pada 2 November di Kuala Lumpur.

#BeritaSemasa #SinarHarian