Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan mengapa Presiden PKR, Anwar Ibrahim berdiam diri mengenai isu peruntukan untuk Bumiputera yang dipotong ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.<br /><br />Ia susulan pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Azmin Ali baru-baru ini.<br /><br />Azmin sebelum ini mendedahkan bahawa menteri kewangan daripada PH, Lim Guan Eng menyekat peruntukan RM400 juta untuk pembangunan ekonomi Bumiputera.
