Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan terdapat sebarang usaha untuk partinya bekerjasama dengan Umno.

Katanya, kerjasama paling mungkin bagi Pakatan Harapan membentuk kerajaan, selepas pilihan raya, adalah melibatkan gabungan dari Sabah dan Sarawak.

Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan ketua penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim, semalam yang mempersoalkan sama ada wujudnya kemungkinan pakatan antara PKR dan Umno.

Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/805154047233051