Beberapa ahli Umno bahagian Pasir Salak mengecam keputusan menggugurkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang diumumkan malam tadi.<br /><br />Mereka secara terbuka menolak pencalonan Khairul Azwan Harun dan menyindir keputusan itu dengan mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa menyebabkan perpecahan Umno Pasir Salak.