Shafiq ganti Ustaz Kazim di Larut

BERITA SEMASA 2 NOVEMBER 2022

Pendakwah Bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang dikenali Ustaz Kazim telah menarik diri sebagai calon BN di kerusi Parlimen Larut pada PRU15 ini.

Susulan itu BN telah menamakan calon baharu iaitu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, pertukaran calon itu terpaksa dilakukan sebagai menghormati pendirian Ustaz Kazim yang membuat keputusan pada saat akhir.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu laporan Wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Artikel: https://bit.ly/3Dthgqe

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian