MIC akan bertanding Parlimen Batu pada PRU15, tegas Presidennya, SA Vigneswaran.<br /><br />Perkembangan ini bercanggah dengan kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang berkata ada persetujuan bahawa partinya akan bertanding di Batu selepas MCA menyerahkan Padang Serai kepada MIC.<br /><br />Vigneswaran pada sidang media berkata, Barisan Nasional memberikan 10 kerusi, iaitu Sungai Siput, Tapah, Hulu Selangor, Teluk Intan, Kuala Langat, Port Dickson, Batu, Padang Serai, Segamat, dan Kota Raja.