Calon Barisan Nasional di Sungai Buloh, Khairy mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabatnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mengambil berat akan masa depan politiknya.<br /><br />Ini selepas Rafizi semalam membuat kenyataan bahawa Khairy mungkin akan diketepikan Umno walaupun berjaya memenangi kerusi tersebut berikutan dilihat sebagai ancaman terbesar kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.<br /><br />Ketika ditemui pemberita di Sungai Buloh hari ini, menteri kesihatan sementara itu turut mengakui dia perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi yang disandang oleh PKR itu.
