Ahli Barisan Nasional yang tidak tercalon perlulah terus bersama dengan parti kerana ini semua turun naik dalam politik, kata calon Barisan Nasional di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.<br /><br />Jelas Khairy, walaupun dia dihantar ke kerusi baru seperti Sungai Buloh, apa yang penting adalah untuk terus berkhidmat dan bersama dengan parti.
