BERITA SEMASA 4 NOVEMBER 2022

Calon BN Shah Alam, Isham Jalil berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan yang tepat dengan pemilihan calon untuk bertanding pada PRU15.

Menurutnya, individu yang dipilih itu perlu setia kepada parti tidak kira menang atau kalah.

Sementara itu, Isham berkata UMNO Selangor tidak lemah dan patah semangat meskipun Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar tidak dicalonkan bertanding pada PRU15.

#BeritaSemasa #SinarHarian