BERITA SEMASA 5 NOVEMBER 2022

Kehadiran penyokong mengenakan busana pengantin mencuri tumpuan pada hari penamaan calon bagi PRU15 di Parlimen Simpang Renggam pada Sabtu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Nur Mizatulamni Mohd Rafie, mengenakan busana pengantin berwarna merah bagi memberikan sokongan kepada calona Pakatan Harapan Dr Maszlee Malik di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Penyokong terbabit memaklumkan bahawa idea busana pengantin berkenaan adalah idea Maszlee sendiri bagi memberi kelainan, selain menaikkan semangat dan menceriakan lagi suasana pada hari penamaan calon.

#BeritaSemasa #SinarHarian