'Calon yang menang nanti jangan lupa kami': Peniaga

BERITA SEMASA 6 NOVEMBER 2022

Para peniaga meletakkan harapan yang tinggi kepada calon parti bertanding agar tidak mengabaikan mereka selepas menang PRU15 lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu memberikan sedikit tekanan kepada mereka kerana harga barangan asas dan juga mentah turut meningkat.

Peniaga juga kini dalam fasa untuk kembali bangkit selepas mengalami kerugian, malah ada yang terus menutup perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel: https://bit.ly/3NDWWag

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15