Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menjadi pimpinan terbaru PAS yang mendakwa Umno dan PH akan bekerjasama selepas PRU15

Razman yang merupakan calon PN di DUN Gunong Semanggol, menyeru pengundi supaya tidak mengundi BN dan PH pada PRU kali ini.

Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH membawa agenda LGBT ke negara ini, malah mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Selain itu dia juga mendakwa DAP membawa agenda komunis dan justeru umat Islam di negara ini tidak seharusnya mengundi mereka.

Dia berkata demikian ketika menemui pengundi di program walkabout pasar malam Tebuk Pancur kelmarin.