Penyandang ahli Parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussein enggan melayan 'ramalan' Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa PH mampu memenangi 15 kerusi Parlimen di Johor.<br /><br />Menurutnya, ini berikutan Rafizi dan presidennya Anwar Ibrahim turut bercanggah mengenai jangkaan jumlah kerusi Parlimen yang mampu dimenangi PH di seluruh negara.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jangkaan Rafizi bahawa PH mampu memenangi 15 buah kerusi Parlimen di Johor, berdasarkan data syarikat tinjauan awam miliknya Invoke Solution.