Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan manifesto PN yang dilancarkan semalam sebagai gula-gula pilihan raya untuk memikat pengundi muda termasuk pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Menurut Rafizi, mustahil tawaran baharu itu akan ditunaikan sedangkan tiada sebarang penyelesaian menyeluruh dibuat sepanjang empat tahun kerajaan PN mengawal hala tuju tabung pendidikan berkenaan.

Tambahnya lagi, sebarang tawaran yang hendak dibuat mengenai PTPTN boleh dibuat serta-merta dahulu semasa PN menduduki kerusi Perdana Menteri dan Pengerusi tabung itu, malangnya ia tidak berlaku.

Sumber video: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/849950516005508