Surprise Me!

Hadi: PN perlu menang dua pertiga untuk pinda kawasan PRU

2022-11-08 1 Dailymotion

Perikatan Nasional perlu menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU-15 bagi membolehkan persempadanan pilihan raya di beberapa negeri dapat dilakukan.

Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang, berkata banyak kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang kerusi Parlimen melebihi 100,000 pengundi.

Oleh sebab itu katanya, PAS perlu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno untuk memenangi majoriti dua pertiga, namunnya malangnya Umno meletakkan syarat yang tidak boleh diterima PAS.

Menurutnya, BN meletakkan jumlah kerusi yang sedikit di Kelantan berbanding dengan bilangan rakyat yang terlalu ramai. Dia menegaskan jumlah kerusi perlu diperbaiki untuk mencapai majoriti dua pertiga.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, Umno meletakkan syarat supaya parti itu meninggalkan Bersatu jika mahu bekerjasama bagi menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun PAS menolak kerana beranggapan ketiga-tiga parti berkenaan perlu sepakat dan bergabung jika ingin memenangi PRU-15 dengan majoriti dua pertiga.

Buy Now on CodeCanyon