BERITA 8 NOVEMBER 2022

Penduduk di Kampung Kurnia, Johor Bahru terutama mereka yang tinggal di Jalan Oleh-Oleh dan Jalan Kurniawati berharap agar pihak berwajib dapat membantu menangani masalah banjir kilat di kawasan berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama, laporan wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati banjir kilat berkenaan dipercayai berlaku akibat limpahan air dari parit besar di kawasan berkenaan susulan hujan lebat lebih dari dua jam pada Isnin.

Perkara sama turut berlaku di Jalan Keris 2, di Taman Sri Tebrau dan penduduk dilihat sibuk membersihkan barangan yang dipercayai terjejas akibat banjir kilat berkenaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Banjir #SinarHarian