Calon Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berkata kawasan Parlimen itu pada masa depan akan diwakili Presiden Umno dan PM jika dia menang dalam PRU kali ini.

Namun, Khairy menegaskan cita-citanya itu bukanlah selepas PRU15 memandangkan Ismail Sabri adalah calon PM bagi BN.

Tanpa memberikan garis masa secara jelas, dia berkata harapannya adalah perkara itu tidak akan mengambil masa terlalu lama.

Dia berkata dia perlu menang di kerusi Parlimen itu - yang dimenangi R Sivarasa dari PKR dengan majoriti 26,634 undi pada PRU14 lalu agar dia boleh dengan yakin memberitahu Umno tentang cita-citanya untuk memimpin parti itu dan Malaysia.