Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hingga Stesen LRT Ampang Park ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 November, susulan masalah sistem pemanduan automatik.

Ia melibatkan 16 stesen yang kebanyakannya terletak di antara kawasan paling padat di Lembah Klang.

Gangguan teknikal itu sekaligus menyebabkan ramai pengguna LRT terkandas di stesen masing-masing.

Lebih menyukarkan, perkhidmatan tersebut tergendala ketika waktu puncak, mencetuskan kemarahan kepada pengguna yang rata-ratanya dalam perjalanan pulang dari kerja.

Rapid Rail KL dalam kenyataan memaklumkan, stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun perkhidmatannya tamat pada jam 11 malam, iaitu kira-kira sejam lebih awal.

Pengumuman berkenaan penutupan itu dibuat kira-kira pada jam lima pagi ini di akaun media sosial syarikat itu.