Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga jawatan TPM tetap menjadi tawaran BN walaupun tidak dimasukkan dalam manifesfo parti berkenaan.

Menurutnya lagi, perkara itu akan dilaksanakan sekiranya BN menang dominan pada PRU15 sekali gus dapat membentuk kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata kerajaan baharu BN akan mewujudkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan portfolio kementerian yang akan ditentukan dalam Kabinet kelak.

Pada 23 Okt lepas, Ahmad Zahid berkata BN Sabah dan GPS boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri sementara Ismail Sabri supaya usul berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS, pada PRU15.

Sumber: https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/795444014869802