Prasana telah menggantung perkhidmatan 16 stesen LRT aliran Kelana Jaya ekoran kerosakkan berulang dalam sistem isyarat kerana ia menyebabkan pusat kawalan gagal mengesan lokasi kereta api. <br /><br />Pengumuman penggantungan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pengguna. <br /><br />Sementara itu dalam sidang medianya hari ini, Prasarana membuat permohonan maaf dan memaklumkan masalah tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan aliran tersebut perlu digantung kerana ia membawa risiko keselamatan.