Rakyat terima kesan jika pemimpin rasuah

BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2022

Calon PH Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Wahid menolak segala tindakan berbentuk rasuah dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat dalam kawasan parlimen itu, lapor wartawan Sinar Harian Nor Farhana Yaacob.

Beliau yang juga Ketua AMK berkata sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat, beliau berikrar tidak akan mengambil, tidak akan memberi dan tidak akan terlibat dengan rasuah.

Menurutnya, sekiranya rasuah masih ada dalam institusi secara keseluruhannya termasuk di tahap yang tertinggi, masalah kecil yang dihadapi rakyat juga tidak akan berjaya diselesaikan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15