BULETIN TIKTOK 9 NOVEMBER 2022

Gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh kurang tujuh hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, tempoh tersebut adalah jangkaan tempoh maksimum ditetapkan oleh bahagian teknikal.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor akan meminjamkan sebanyak 20 unit bas Smart Selangor bermula Khamis bagi membantu RapidKL mengatasi masalah gangguan operasi beberapa buah Stesen Transit Aliran Ringan yang rosak pada Selasa.

Artikel: https://bit.ly/3tfSBAL

Muzik: Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian