Tiong Lai ikrar perangi rasuah

BERITA SEMASA 9 NOVEMBER 2022

Calon BN P089 Bentong dari MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai berikrar untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi, lapor Wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, pembasmian rasuah hingga ke peringkat akar umbi akan menjadikan negara lebih maju pada masa depan.

Bekas Ahli Parlimen Bentong itu turut menggesa semua calon Parlimen yang akan menjadi penggubal dasar di Dewan Rakyat untuk turut melakukan ujian psikometrik Rasuah Busters.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15