Surprise Me!

Razman perlu lebih cermat, dia ada rekod kalah saman fitnah - Kamil

2022-11-10 9 Dailymotion

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria terus mengundang kritikan PKR atas tuduhannya terhadap presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Kali ini Timbalan Ketua Pemudanya, Kamil Munim menuntut Razman memohon maaf atas dakwaannya bahawa Anwar mempunyai agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Calon PH bagi kerusi Parlimen Padang Rengas itu berkata, Razman perlu bersikap lebih cermat dan tidak mengulangi kesalahan sama dengan membuat dakwaan tidak berasas.

Razman sebelum ini pernah kalah saman fitnah kepada bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Buy Now on CodeCanyon