BULETIN TIKTOK 10 NOVEMBER 2022

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man melabelkan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengkhianat nombor satu negara BN apabila menjadi calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Arau.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Shahidan bertanding atas tiket PN jelas menunjukkan perjuangan beliau bukan untuk parti mahupun rakyat tetapi lebih kepada kepentingan peribadi.

Beliau juga menafikan dakwaan Datuk Seri Shahidan bahawa beliau mengamalkan budaya ‘warlord’ dengan mengambil musuh penyandang kerusi Parlimen Arau sebagai orang kanannya.

Muzik: Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian