'Ayah pesan jangan tinggal al-Quran'

BERITA SEMASA 12 NOVEMBER 2022

Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai berusia 96 tahun sering mengingatkan orang ramai termasuk ahli keluarganya agar tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Anak kedua Allahyarham, Pirdaus Abdul Hamid berkata, Allahyarham sentiasa menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara sehinggalah rakyat marhaen untuk mendapatkan nasihat.

Tuan Guru Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua pada Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayer Hitam, Jerlun.

Artikel: https://bit.ly/3UOPg7l

#BeritaSemasa #SinarHarian