PPS Kg Baru Sengkang rekod mangsa banjir tertinggi

BERITA SEMASA 13 NOVEMBER 2022

Pusat Pemindahan Sementara di Kampung Baru Sengkang, Kulai merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir di negeri Johor apabila
seramai 139 mangsa banjir kilat di kampung itu ditempatkan di PPS berkenaan pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian di PPS berkenaan pada Ahad mendapati rata-rata mangsa banjir mengatakan bahawa banjir kilat berpunca akibat hujan lebat pada petang Sabtu.

Bagaimanapun difahamkan, ketika ini sudah ada mangsa yang pulang ke rumah masing-masing bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa