PRU15: PN sedia pengangkutan pada hari mengundi

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Jentera PN mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pengundi pada hari pengundian, Sabtu ini.

Calon PN Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, langkah tersebut dilaksanakan sebagai alternatif memudahkan pengundi membuang undi sekiranya hujan berterusan melanda pada hari tersebut.

Menurutnya, inisiatif itu juga bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

Artikel: https://bit.ly/3X5z5Va

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15