PRU15: Mesyuarat Khas Parlimen Padang Serai Jumaat ini

BERITA SEMASA 16 NOVEMBER 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan penetapan tarikh penting PRU15 bagi Parlimen Padang Serai, Kedah.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan suruhanjaya itu telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen berkenaan berhubung kematian calon PH, M Karupaiya.

Jelasnya, satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3O7VSf7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15