BERITA SEMASA 17 NOVEMBER 2022

Pergerakan trafik di Plaza Tol Skudai bagi kedua-dua arah utara dan selatan didapati lancar pada petang Khamis, laporan wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Keadaan itu sekali gus menafikan ramalan berhubung kesesakan trafik menjelang hari mengundi bagi PRU15, Sabtu ini.

Bagaimanapun, keadaan trafik mungkin berubah esok, apabila orang ramai dijangka mengambil kesempatan terhadap cuti yang diumumkan kerajaan untuk pulang ke kampung halaman dan sekali gus menunaikan tanggungjawab mengundi.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian